LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ANYAMAN
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
LANGKAH 5
LANGKAH 6
HASIL AKHIR
TUGASAN
NOTA UNTUK DIKONGSI BERSAMA
SEJARAH SENI ANYAMAN
1.DIPERCAYAI SENI KRAF TANGAN MUNCUL DAN BERKEMBANG TANPA PENGARUH LUAR.
2.PADA ZAMAN DAHULU, KEGIATAN ANYAMAN DILAKUKAN OLEH KAUM WANITA UNTUK MENGISI MASA LAPANG DAN BUKAN SEBAGAI MATA PENCARIAN UTAMA.
3.HASIL KRAF TANGAN DIJADIKAN ALAT UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU SEBAGAI HADIAH UNTUK ANAK SAUDARA ATAU SAHABAT HANDAI SEBAGAI TANDA KASIH ATAU KENANG-KENAGAN.
4.SESEORANG WANITA DIANGGAP TIDAK MEMPUNYAI SIFAT KEWANITAAN YANG LENGKAP JIKA DIA TIDAK MAHIR DALAM SENI ANYAMAN.
5.PROSES ANYAMAN BIASANYA DIJALANKAN OLEH KAUM WANITA; LELAKI HANYA MENOLONG MENETAP DAUN DAN MEMPROSESNYA.
6.PERUSAHAAN ANYAMAN BIASANYA DILAKUKAN SECARA INDIVIDU DAN SECARA KECIL-KECILAN YANG MERUPAKAN SATU USAHA EKONOMI BAGI ORANG-ORANG DI KAMPUNG.
7.KINI,TERDAPAT ORGANISASI DAN PERBADANAN YANG MENGUSAHAKANNYA, DENGAN SKALA YANG BESAR SEPERTI CAWANGAN-CAWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA, PERSATUAN GERAKAN WANITA FELDA, PUSAT KRAFTANGAN FELDA, DAN SEBAINYA.
8.HASILAN ANYAMAN BERMUTU TINGGI BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELANGAN.HASILAN ANYAMAN TIDAH TERKONGKONG DALAM BENTUK TRADISIONAL SAHAJA. CIPTAAN DIMENSI BARU DARI SEGI RUPA DAN BENTUK, WARNA DAN CORAK, TEKNIK DAN BAHAN SERING DIUBAH-UBAHKAN MENGIIKUT PEREDARAN ZAMAN DAN CITA RASA PELANGGAN.
9.BAHAN-BAHAN ASAS UNTUK ANYAMAN IALAH:-
**PANDAN ATAU MENGKUANG.
**NIPAH.
**BERTAM.
**BULUH.
**PAKU-PAKIS RIBU-RIBU.
**BEMBAN.
**DAUN SERDANG.
**ROTAN.
**RUMPUT-RAMPAI.
**LIDI.
**NIPAH.
**BERTAM.
**BULUH.
**PAKU-PAKIS RIBU-RIBU.
**BEMBAN.
**DAUN SERDANG.
**ROTAN.
**RUMPUT-RAMPAI.
**LIDI.
PENGENALAN ANYAMAN
SENI ANYAMAN IALAH MILIK MASYARAKAT MELAYU YANG MASIH DIKAGUMI DAN DIGEMARI SEHINGGA HARI INI. KEGIATAN SENI ANYAMAN INI TELAH BERMULA SEJAK ZAMAN DAHULU LAGI. INI BOLEH DILIHAT PADA RUMAH-RUMAH MASYARAKAT ZAMAN DAHULU DI MANA DINDING RUMAH MEREKA DIANYAM DENGAN BULUH DAN KEHALUSAN SENI ANYAMAN ITU MASIH BERTAHAN SEHINGGA KE HARI INI. RUMAH YANG BERDINDING DAN BERATAPKAN NIPAH TIDAK PANAS KERANA LAPISAN DAUN NIPAH YANG TEBAL MENEBAT PENGALIRAN HABA.
SENI ANYAMAN DIPERCAYAI BERMULA DAN BERKEMBANG TANPA MENERIMA PENGARUH LUAR. PENGGUNAAN TALI, AKAR DAN ROTAN MERUPAKAN ASAS PERTAMA DALAM PENCIPTAAN KRAFTANGAN ANYAMAN YANG TELAH MENJADI USAHA TRADISI SEJAK BERABAD-ABAD LALU. BAHAN-BAHAN ASAS TUMBUHAN INI TUMBUH MELIAR DI HUTAN-HUTAN, PAYA-PAYA, KAMPUNG-KAMPUNG DAN KAWASAN DI SEKITAR PASIR PANTAI.
PELBAGAI RUPABENTUK KRAFTANGAN DAPAT DIHASILKAN MELALUI PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN DARI JENIS TUMBUHAN PANDANUS (PANDAN DAN MENGKUANG). BENTUK-BENTUK ANYAMAN DIBUAT DIDASARKAN KEPADA FUNGSINYA. MISALNYA BAGI MASYARAKAT PETANI ATAU NELAYAN, KERJA-KERJA ANYAMAN DIBENTUK MENJADI BAKUL, TOPI, TUDUNG SAJI, TIKAR DAN ANEKA RUPA BENTUK YANG DIGUNAKAN SEHARI-HARIAN.
SELAIN DARIPADA TUMBUHAN JENIS PANDANUS, BAHAN ASAS LAIN YANG SERING DIGUNAKAN IALAH DARIPADA TUMBUHAN BERTAM, JENIS PALMAENGEISSONA TRITIS DAN NIPAH. BERDASARKAN BAHAN DAN RUPA BENTUK ANYAMAN YANG DIHASILKAN, SENI ANYAMAN INI MERUPAKAN DAYA CIPTA DARI KELOMPOK MASYARAKAT LUAR ISTANA YANG LEBIH MENGUTAMAKAN NILAI GUNAANNYA. WALAU BAGAIMANAPUN PADA SEKITAR TAHUN 1756 HINGGA1794 TELAH TERDAPAT PENGGUNAAN TIKAR RAJA YANG DIPERBUAT DARIPADA ROTAN TAWAR DAN ANYAMAN DARIPADA BEMBAN.
PROSES MENGANYAM DISEBUT JUGA SEBAGAI "MENAJA". UNTUK MEMULAKAN SATU-SATU ANYAMAN WAKTU YANG BAIK IALAH PADA SEBELAH PAGI ATAU MALAM. DALAM KEADAAN CUACA YANG REDUP ATAU DINGIN, DAUN-DAUN LEBIH LEMBUT DAN MUDAH DIBENTUK TANPA MENINGGALKAN KESAN-KESAN PECAH. BIASANYA BEBERAPA ORANG MELAKUKAN ANYAMAN INI BERKELOMPOK DI HALAMAN RUMAH ATAU BERANDA RUMAH PADA WAKTU MALAM, PETANG ATAU WAKTU-WAKTU SENGGANG PADA SEBELAH PAGI (JIKA KELAPANGAN, KERANA WAKTU PAGI BIASANYA DIPENUHI DENGAN KERJA-KERJA TERTENTU).
RUPA BENTUK ANYAMAN TRADISI YANG MASIH KEKAL PENCIPTAAN DAN FUNGSINYA HINGGA KINI IALAH TIKAR. SELAIN TIKAR YANG DATAR DENGAN SIFAT DUA DIMENSI, TERDAPAT RUPA BENTUK ANYAMAN TIGA DIMENSI. BENTUK-BENTUK ANYAMAN BEGINI BIASANYA DIGUNAKAN OLEH MASYARAKAT PADA MASA DAHULU UNTUK MENGISI ATAU MENYIMPAN BAHAN-BAHAN KEPERLUAN HIDUP DAN KEGUNAAN SEHARIAN. BEBERAPA DARIPADA RUPA BENTUK INI IALAH BAKUL, KAMPIT (BEKAS BELACAN), TUDUNG SAJI, KEMBAL (ROMBONG) DAN SEBAGAINYA.
TERDAPAT DUA CIRI-CIRI PENTING DALAM RAGAM HIAS ANYAMAN, IAITU PENCIPTAAN KELARAI (MOTIF) DAN CORAK. ISTILAH KELARAI DIKHUSUSKAN KEPADA MOTIF YANG "BERBENTUK" (SELALUNYA UNSUR ALAM) SEMENTARA CORAK DIMAKSUDKAN KEPADA SUSUNAN WARNA TANPA MEMPERLIHATKAN KEPADA SUSUNAN WARNA DAN BENTUK MOTIF. ANYAMAN TANPA KELARAI DISEBUT SEBAGAI "GADAS". TERDAPAT KIRA-KIRA 51 JENIS KELARAI YANG BERDASARKAN UNSUR-UNSUR ALAM SEMULAJADI SEPERTI UNSUR-UNSUR TUMBUHAN DAN BINATANG.
DI SESETENGAH TEMPAT KELARAI DIMAKSUDKAN KEPADA ANYAMAN YANG DIPERBUAT DARIPADA BULUH DAN DIGUNAKAN SEBAGAI DINDING ATAU PENYEKAT RUANG RUMAH. SEMENTARA DI SESETENGAH TEMPAT LAIN ANYAMAN SEPERTI INI DIPERBUAT DARIPADA BAHAN BERTAM YANG DISEBUT SEBAGAI TUPAS. CIPTAAN KELARAI ATAU TUPAS LEBIH KUKUH, TEGAS DAN KASAR BERSESUAIAN DENGAN FUNGSINYA SEBAGAI PENYEKAT RUANG. TIADA BUKTI YANG JELAS UNTUK MENETAPKAN TARIKH BERMULANYA PENCIPTAAN KELARAI. MELALUI KAJIAN YANG DIBUAT DAPAT DIKATAKAN BAHAWA PENCIPTAAN KELARAI DALAM ANYAMAN MERUPAKAN SATU PERLAKUAN YANG TELAH LAMA BERLAKU.
BUNGA SULAM MERUPAKAN SATU TEKNIK YANG TERDAPAT DALAM RAGAM HIAS ANYAMAN DI MANA IA AKAN MENCANTIKKAN LAGI HASIL YANG TELAH DIBENTUK. TEKNIK SULAM ADALAH TEKNIK SUSUN SUSUP. KESAN BENTUK BUNGA YANG DIBUAT LEBIH MERUPAKAN KESAN GEOMETRI ASAS SEPERTI SUSUNAN BENTUK TIGA, SEGI EMPAT, POTONG WAJIK DAN SEBAGAINYA LAGI.
SENI KERJA TANGAN ANYAMAN ADALAH SESUATU YANG UNIK LAGI RUMIT BUATANNYA. NAMUN BEGITU, USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN KEUNIKAN SENI INI HARUSLAH DITERUSKAN AGAR TIDAK DITELAN PEREDARAN ZAMAN. BUDAYA NEGARA BUKAN SAHAJA DICERMINKAN MELALUI BAHASA PERTUTURAN DAN ADAT RESAM BANGSANYA TETAPI JUGA DICERMINKAN MELALUI KEHALUSAN KERJA TANGAN BERMUTU TINGGI. SENI WARISAN YANG UNIK INI WAJAR DIBERI PERHATIAN, SOKONGAN DAN BANTUAN SUPAYA DAPAT TERUS DIPELIHARA DAN DIMANFAATKAN BERSAMA.
ZAMAN DAHULU MENGANYAM TIKAR,
SUNYI MENYEPI DESA TERPINGGIR,
SENI ANYAMAN HARUSLAH DIAJAR,
JANGAN TINGGAL SEBUTAN DIBIBIR.
BULUH MUDA MUDAH DILENTUR,
BUAT AMPAIAN PENYIDAI JALA,
SEMANGAT JUANG BELUM LUNTUR,
SENI ANYAMAN JANGAN DILUPA.
SUNYI MENYEPI DESA TERPINGGIR,
SENI ANYAMAN HARUSLAH DIAJAR,
JANGAN TINGGAL SEBUTAN DIBIBIR.
BULUH MUDA MUDAH DILENTUR,
BUAT AMPAIAN PENYIDAI JALA,
SEMANGAT JUANG BELUM LUNTUR,
SENI ANYAMAN JANGAN DILUPA.
1.ANYAMAN ADALAH SATU PROSES MENJALIN ATAU MENJARING-JARINGKAN HELAYAN DAUN, BULUH, ROTAN, LIDI, BERTAM, PAKU-PAKIS RIBU-RIBUATAU BAHAN BAHAN LAIN DENGAN MENGGUNAKAN CARA DAN PERATURAN TERTENTU MELALUI TEKNIK MENYELANG-NYELIKAN HELAYAN ANTRA SATU SAMA LAIN.
2.SENI ANYAMAN MERUPAKAN SEJENIS KRAFTANGAN YANG RUMIT YANG MEMERLUKAN KESUNGGUHAN, KESABARAN, KECEKALAN, DAN KETEKUNAN MENGERJAKANNYA.
3.MENGANYAM MEMERLUKAN KEPAKARAN TUKANG, PENUMPUAN YANG PENUH DAN KETELITIAN SEMASA MENGANYAM, KEAHLIAN MEREKA BENTUK UNTUK MENGHASILKAN REKA CIPTA YANG UNIK, IDEA YANG ASLI, DAN DAPAT MENGEKALKAN BUDAYA MELAYU ASLI.
4.KEHALUSAN SENI YANG TULIN DAN BERLAIN DENGAN CIRI-CIRI ANYAMAN LAIN YANG DIDATANGKAN DARI LUAR MALAYSIA.
5.TERDAPAT BANYAK KAWASAN DI MALAYSIA YANG MENJALANKAN KEGIATAN SENI ANYAMAN TRADISIONAL DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG BERLAINAN.
6.PERUSAHAAN ANYAMAN DAUN PANDAN BANYK DIJALANKAN DI NEGERI TERANGGANU, PAHANG, DAN KELANTAN.
7.NEGERI-NEGERI PERLIS, KEDAH, PERAK, DAN MELAKA TERKENAL DENGAN PERUSAHAAN ANYAMAN MENGKUANGNYA.
8.KEGIATAN SENI ANYAMAN BULUH TERKANAL DI SABAH DAN SARAWAK.DI SABAH, SENI ANYAMAN BULUH BOLEH DIDAPATI DI KAMPUNG BENONI DI PAPAR, MANAKALA DI SARAWAK SENI INI BOLEH DIDAPATI DI SEMEBA, SRI AMAN, BETONG, DAN MATU.
9.NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA BARAT YANG MENJALANKAN PERUSAHAAN ANYAMAN BULUH IALAH KEDAH, PERLIS, DAN PAHANG.
10.DAERAH TEMERLUH, PAHANG BANYAK MENGELUARKAN HASILAN ANYAMAN ROTAN.
11.PERUSAHAAN ANYAMAN LIDI TERDAPAT DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA DAN JUGA DI KAMPUNG TIMBANG DAYUNG DI DAERAH KOTA BELUD, SABAH.
12.KAWASAN YANG TERKENAL DENGAN HASILAN ANYAMAN PAKU-PAKIS RIBU-RIBU IALAH NEGERI TERANGGANU DAN KAMPUNG TINANGGOL DI DAERAH KUDAT, SABAH.
13.HASIL ANYAMAN YANG DIHASILKAN DI MALAYSIA KEBANYAKANNYA BERUBAH ALATAN KEGUNAAN HARIAN SEPERTI TIKAR, BAKUL, BEKAS SERBAGUNA, TOPI, TUDUNG SAJI, TABUNG DUIT, NYRIU, DULANG, PENGAYAK, PENAPIS, SUDIP, DAN SEBAGAINYA.
14.TERDAPAT JUGA HASILAN ANYAMAN YANG DICIPTA UNTUK MEMENUHI CITARASA SEMASA SEPERTI BINGKAI CERMIN, BEG TANGAN, BEKAS PENSEL, PERABOT, TERENDAK LAMPU, BAKUL BUAH, BARANGAN HIASAN DINDING, TEROMPAH, BARANG PERHIASAN, PENGADANG, DAN SEBAGINYA.
CONTOH CARA MENGANYAM KURANG DI PERJELAS SEHINGA ANAK ANAK AGAK SUSA UNTUK MELIHAT CARA UNTUK MENGERJAKAN ANYAMAN INI
BalasHapus