Melukis
dan Mewarna Pokok
Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah
salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya
seni yang berasaskan landskap.
Teknik melukis pokok
1. Melukis struktur
pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan
lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak
terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.
2. Melukis garisan luaran pada pokok
dan memperjelaskan lagi struktur daun dan kanopi pokok tersebut
3. Sekiranya tidak diwarnakan,
langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah
cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk pokok tersebut. Seterusnya memperinci
setiap bahagian-bahagian pokok dengan jalinan pada daun, dan kulit pada batang
pokok.
Mewarna Pokok (Teknik Cat Air)
1. Mulakan mewarna dengan warna yang paling terang (cerah
terlebih dahulu) iaitu kuning kehijauan.
2. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.
3. Perinci bahagian pokok dengan
menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap.
4. Warnakan bahagian batang pokok
dengan warna coklat. Perinci bahagian jalinan, dahan dan ranting pokok.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar